1 Januari 2017 - 21:00

Warga Arab Saudi, Maghribi, Lubnan dan Libya adalah antara mereka yang terbunuh di dalam serangan pengganas ke atas sebuah kelab malam di Istanbul, Turki. Perkara itu dilaporkan oleh Menteri Keluarga Dan Polisi Sosial Turki, Fatma Betul Sayan Kaya pada hari Ahad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga Arab Saudi, Maghribi, Lubnan dan Libya adalah antara mereka yang terbunuh di dalam serangan pengganas ke atas sebuah kelab malam di Istanbul, Turki. Perkara itu dilaporkan oleh Menteri Keluarga Dan Polisi Sosial Turki, Fatma Betul Sayan Kaya pada hari Ahad.

Sementara itu, surat khabar Israel, Haaretz melaporkan bahawa seorang gadis berusia 18 tahun dari negara haram Israel yang dilaporkan hilang selepas serangan itu telah ditemui terbunuh.

Menurut Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, serangan itu telah membunuh 39 orang dan sekurang-kurangnya 15 daripada mangsa adalah warga asing. Sejumlah 69 orang juga dilaporkan cedera.

Pada malam Tahun Baharu, kelab malam Reina yang terletak di daerah Ortakoy di Istanbul telah diserang oleh pengganas. Gabenor Istanbul berkata bahawa penyerang yang bersendirian itu berjaya melepaskan diri dari tempat kejadian dan kini operasi mencarinya sedang dijalankan.